Objektif Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 2017) ini diadakan adalah untuk:
- Membincangkan kajian ilmiah berkaitan bidang sosial yang merangkumi nilai-nilai sejagat, sosio budaya, ekonomi, pendidikan, sejarah, sosiologi, kenegaraan, ilmu bahasa, politik dan kepimpinan, psikologi, sains kemasyarakatan, sains dan teknologi.
- Memfokuskan kepada nilai-nilai kemanusiaan yang perlu disemarakkan dalam masyarakat masa kini.
- Mengetengahkan aspek-aspek perpaduan dan kesepaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia dan juga diperingkat antarabangsa.
- Menyediakan platform dan peluang bagi ahli akademik daripada pelbagai bidang untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan sains sosial dan kemanusiaan.