Pautan Pantas
PENGENALAN
Pusat Pengajian Teras (PPT) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan KUISCELL telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK) bermula pada tahun 2016 sehingga 2019 yang lalu. Persidangan ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah (UniSHAMS) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sempena sambutan Jubli Perak KUIS ke-25, PASAK 2020 akan diteruskan penganjurannya dengan tambahan kerjasama daripada Pusat Penataran IImu dan Bahasa (PPIB], Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam (UNISSA).
Bersesuaian dengan norma baharu, PASAK5 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 24 & 25 November 2020 ini akan dijalankan secara dalam talian (online).