Pendahuluan

Seminar Antarabangsa Penyelidikan Sirah Nabawi & Pemikiran (ISRA’) 2017 merupakan satu usaha untuk menyuburkan rasa cinta kepada para rasul yang menjadi wasilah tauhid kepada umat. Seminar yang bersifat pensejarahan ini bakal mengetengahkan pengajaran di sebalik sirah yang mesti dijadikan panduan sepanjang zaman. Dengan adanya penelusuran sirah bersifat hidup ini, diharapkan program ini memberi kesan positif kepada jiwa peserta di samping mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti Melayu di bumi Anbiya’.

Objektif

Menjadi platform untuk perbincangan intelektual dan dialog sarjana islam antarabangsa.
Persefahaman mengenai isu-isu sirah perjuangan para Anbiya’.
Mempromosikan KUIS di peringkat antarabangsa.
Menyelusuri perjuangan para nabi dan kesannya di bumi Anbiya’.
Menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang berkeperluan di Mesir.
Membina hubungan kerjasama dengan Jabatan Usuluddin Universiti Al-Azhar dan Universiti Ain Syam

Tema

Rasulullah : Qudwah Hasanah Pembentuk Ummah

Sub Tema

Islam di Tanah Melayu
Sejarah Penyebaran Islam Nusantara
Kedudukan Agama Islam Dalam Negara Islam Dan Bukan Islam
Penyelidikan Sirah Nabawi Secara Saintifik
Media Dalam Penyebaran Dakwah
Metodologi Penyampaian Dakwah Berkesan
Psikologi Dan Sosiologi
Serangan Pemikiran
Aliran Pemikiran yang Mengancam Jati Diri Umat Islam
Akidah, Ibadah Dan Akhlak
Sejarah Dan Tamadun Islam
Kesenian Dalam Islam
Dakwah Dan Pembangunan Masyarakat
Tokoh Dalam Sejarah Islam
Polimik Dalam Ilmu Kalam
Aliran Pemikiran Semasa
Perubatan Islam
Isu-isu Semasa Mengenai Umat Islam