Pendahuluan
Kehidupan sosial meliputi muamalah sesama manusia dalam segala hal. Kebelakangan ini isu-isu semasa berkaitan kemasyarakatan sering menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat di serata dunia. Hal ini memerlukan penyelidikan yang berterusan untuk mengkaji punca kepada timbulnya permasalahan yang berlaku dan seterusnya berbincang untuk mencari solusi dalam menyelesaikan permasalahan ini. Oleh sebab itu, sistem kehidupan bermasyarakat memerlukan suatu bentuk penilaian semula agar generasi pewaris berupaya untuk mengekalkan corak kehidupan dalam keadaan harmoni dan saling menghormati biarpun berlainan kebudayaan dan kepercayaan. Keperluan menghormati hak-hak kemanusiaan perlu dipandu dengan peraturan hidup yang telah ditetapkan oleh agama Islam berpandukan al-Quran dan al-Sunnah dan nilai-nilai universal.