PENGENALAN PASAK3 2018

Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 3) merupakan medium pilihan dalam kalangan ahli akademik dari dalam dan luar negara untuk berkongsi ilmu merentasi Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan.

Berkesinambungan daripada PASAK 2016, PASAK 2 tahun 2017, PASAK 3 2018 diadakan hasil respon positif dari para peserta untuk mengangkat PASAK sebagai siri seminar tahunan. Ia adalah platform terbaik dalam kalangan warga akademik untuk bertukar idea, pengalaman, maklumat penyelidikan sekaligus berkongsi kepakaran.

Keistimewaan PASAK 3 2018 kali ini bertemakan DinamikaPembangunan Komuniti Dalam Era Globalisasi turut membawa tujuh (7) sub tema merangkumi bidang sains sosial seluruhnya. Tema-tema tersebut ialah Pendidikan dan Pengajian Islam, Politik dan Kepimpinan, Ekonomi dan Pengurusan, Bahasa dan Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Inovasi, Sosiologi dan Pembangunan Komuniti dan Sejarah dan Budaya.

Justeru PASAK 3 2018 adalah medan yang tepat sebagai wadah berdiskusi dalam kalangan ahli akademik dan bukan ahli kademik untuk membincangkan isu-isu di sekeliling kita.

  • TEMA

    "DINAMIKA PEMBANGUNAN KOMUNITI DALAM ERA GLOBALISASI"

  • Tarikh dan Masa

    Tarikh : 23 & 24 April 2018 (Isnin & Selasa)
    Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Petang

  • HUBUNGI KAMI

    Lontarkan segala persoalan mengenai PASAK3 kepada Sekretariat kami.

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com