Bidang penyelidikan sememangnya sinonim untuk memartabatkan sesebuah intitusi pendidikan bahkan penemuan dan fakta baharu akan mengembangkan lagi bidang ilmu yang diterokai. Namun, umat Islam hari ini masih lagi ketinggalan dalam pembudayaan aktiviti penyelidikan khususnya berkaitan bidang pengajian Islam dan disiplin ilmu lain yang diselitkan dengan pengajian Islam. Salah satu faktor yang menyebabkansituasi ini berlaku adalah disebabkan oleh komuniti penyelidik yang sedikit di sesebuah intitusi pengajian Islam serta ikatan kerjasama yang longgar antara satu sama lain dalam bidang penyelidikan.
Seminar antara universiti dalam multidisiplin ilmu dengan penerapan bidang pengajian Islam serta dalam bidang pengajian Islam itu sendiri seharusnya bertindak sebagai pemangkin agar para ilmuwan Islam berlumba-lumba untuk mengkaji dan menyelidik sekaligus melahirkan lebih ramai penyelidik Islam yang berkualiti.
Justeru itu, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah seminar iaitu Seminar antara Univeristi Pengajian Lepasan Ijazah 2015 (SAPLI 2015).Seminar ini juga merupakan seminar lanjutan daripada Seminar antara Universiti Pengajian Lepas Ijazah 2014 (SAPLI 2014) yang diadakan di Brunei Darussalam. Oleh itu, sejajar dengan keperluan yang dinyatakan, PPS akan menganjurkan SAPLI 2015 pada 16 hingga 17 Disember 2015 di The Everly Hotel, Putrajaya.