Pusat Pengajian Siswazah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

+6012 368 2641
sapli.pps@kuis.edu.my

Islam amat menekankan budaya ilmu dalam mengangkat martabat manusia. Namun, umat Islam hari ini masih lagi ketinggalan dalam pembudayaan aktiviti penyelidikan khususnya berkaitan bidang pengajian Islam dan disiplin lain bagi membantu mengangkat martabat ummah sesebuah bangsa. Salah satu faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku adalah disebabkan oleh komuniti penyelidik yang sedikit kecil di sesebuah intitusi pengajian Islam serta ikatan kerjasama yang longgar antara satu sama lain dalam bidang penyelidikan. Oleh itu, para sarjana seharusnya memainkan peranan yang sangat penting dan siginifikan dalam mencetuskan rasa ingin tahu dan cakna ilmu dalam kalangan masyarakat. Justeru, melalui bidang penyelidikan inilah salah satu platform untuk memartabatkan sesebuah institusi pendidikan bahkan penemuan dan fakta baharu akan mengembangkan lagi bidang ilmu yang diterokai.

Walaupun realitinya, masyarakat Muslim hari ini masih agak ketinggalan dari aspek budaya ilmu, khususnya dalam kegiatan-kegiatan penyelidikan dan penerokaan ilmu baharu, namun usaha-usaha seperti penganjuran seminar seperti SAPLI 2017 Kali ke-4   ini antara usaha yang dapat memperkasakan budaya ilmu dalam memacu ketamadunan Islam dan ummah yang lebih gemilang. Oleh itu, dengan mengendalikan program yang berbentuk seminar antara universiti ini secara tidak langsung bertindak sebagai pemangkin agar para ilmuwan Islam berlumba-lumba untuk mengkaji, menyelidik dan bertukar-tukar ilmu hasil kajian yang dijalankan ini sekaligus akan melahirkan lebih ramai penyelidik Islam yang berkualiti. Hasil penyelidikan yang berkualiti dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan akan mengukuhkan proses peradaban ummah.

Justeru, sejajar dengan keperluan yang dinyatakan, PPS, KUIS dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar Antarabangsa Universiti Pengajian Lepasan Ijazah 2017Kali ke-4   (SAPLI 2017Kali ke-4) pada 1 dan 2 November 2017 di De Palma Hotel Shah Alam, Selangor. Seminar ini juga merupakan seminar lanjutan SAPLI  2014 di Brunei Darussalam, SAPLI 2015 Kali ke-2   di The Everly Hotel, Putrajaya dan SAPLI 2016 Kali ke-3   di UNISSA, Brunei Darussalam.

IMPORTANT INFORMATION

Dear Presenters/Participants,

For your information, the venue for SAPLI2017 has been changed to De Palma Hotel Shah Alam, Selangor due to unavoidable issues. We apologize for any inconvenience.

The direction to the new venue can be found here

×