Selamat Datang Ke PASAK 11 2026!

“Bertemakan Keinsanan dan Kelestarian: Kerangka Interdisiplin dalam Memahami Dinamika Sosial, seminar ini menghimpunkan sarjana, penyelidik dan pengamal pelbagai disiplin bagi memperkasa wacana ilmu yang inklusif dan berimpak. Sepanjang sedekad penganjurannya, seminar ini terus menerima sambutan luar biasa di peringkat nasional dan antarabangsa, sekali gus menzahirkan kerelevanan tema yang dibawa. Penganjuran kali ini turut diserikan dengan sesi ucaptama oleh tokoh-tokoh akademik terkemuka yang akan mengupas perspektif strategik berkaitan keinsanan dan kelestarian. Justeru, semua pihak dijemput untuk bersama-sama menyumbang idea, penyelidikan dan kepakaran dalam memaknakan lagi kelangsungan seminar berprestij ini.”

Penyampai Ucaptama

Image
Image
Image
Image
Image

Royal Park Hotel (Lokasi Persidangan)

Royal Park Hotel Bangi merupakan lokasi ideal untuk penganjuran seminar, bengkel, mesyuarat dan pelbagai acara profesional di Bangi. Dengan kemudahan ruang acara yang moden dan fleksibel, hotel ini mampu menampung penganjuran program berskala kecil hingga besar dalam suasana yang selesa dan profesional.

Dilengkapi bilik penginapan yang bergaya, kemudahan pusat kecergasan serta pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa, Royal Park Hotel Bangi memastikan setiap program berjalan lancar dan memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada para peserta. Dengan layanan hospitaliti Malaysia yang mesra dan komitmen terhadap kualiti perkhidmatan, hotel ini menjadi pilihan tepat bagi menjayakan setiap seminar dan acara anda.

Subtema Persidangan

Isu-isu Sejarah, Politik dan Isu Antarabangsa.

Isu-isu Sosiologi, Antropologi
dan Kajian Budaya.

Isu-isu Pendidikan, Bahasa
dan Komunikasi.

Isu-isu Psikologi, Kaunseling
dan Pembangunan Manusia.

Isu-isu Islam, Falsafah
dan Nilai-nilai sejagat.

Isu-isu Ekonomi, Pengurusan
dan Perniagaan.

Isu-isu Sains, Teknologi dan
Kajian Persekitaran.

Tarikh-Tarikh Penting

17 APRIL 2026
Tarikh akhir penghantaran abstrak

24 April 2026
Tarikh akhir pembayaran yuran

15 Mei 2026
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh

Pautan Pantas