2.0 LATAR BELAKANG
Pembangunan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan satu usaha berterusan dan dinamik. Ia memerlukan penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak bagi memastikan bidang ini terus berkembang dengan inovasi terbaru yang releven dengan kepelbagaian kepakaran. Kelebihan dalam kepelbagaian teknik P&P ini, harus diraikan kerana menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan daripada pelbagai sudut pandang.
Penganjuran NPreUS 2017 perlu dilihat oleh semua pihak sebagai salah satu pendekatan yang penting dalam pembangunan penyelidikan berkaitan pengurusan P&P yang positif. Proses membangunkan penyelidikan dan kaedah pengajaran bukanlah satu usaha yang mudah, sebaliknya memerlukan satu perancangan strategik sama ada ia bersifat jangka panjang mahupun jangka pendek.
Penglibatan daripada pihak pembuat dasar, pelaksana dan penyelidik dari seluruh negara adalah diharapkan dapat menyumbang dan berkongsi pengetahuan dalam inovasi terkini pendidikan sebagai suatu usaha pembentukan masyarakat pendidik yang mempunyai aras pemikiran tinggi pada masa akan datang.
Tujuan utama seminar ini adalah untuk menyediakan satu landasan bagi para penyelidik, pendidik, pelajar pasca siswazah dan penggubal dasar di peringkat pengajian pra-universiti mahupun peringkat yang lebih tinggi untuk berkongsi maklumat, mengenal pasti cabaran masa hadapan serta menyediakan idea bagi memenuhi keperluan generasi akan datang.
3.0 OBJEKTIF
Di antara matlamat dan objektif seminar ini adalah :
3.1 | Membincangkan sumbangan pendidikan di peringkat pengajian pra-universiti kepada pembangunan akademik pelajar. |
3.2 | Memahami tentang kepentingan pengajian di peringkat pra-universiti kepada bakal siswazah. |
3.3 | Membincangkan isu-isu dan cabaran dalam pengajian pra-universiti di setiap peringkat. |
3.4 | Mempamer dan berkongsi pengurusan dalam kepelbagaian bidang pengajian di peringkat pra-universiti. |
3.5 | Sebagai platfom untuk berbincang mengenai kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang berkesan. |