1.0 TUJUAN
Setelah kejayaan penganjuran Seminar Kebangsaan Pengajian Tinggi Peringkat Asasi 2016 (SPeTiPA 2016) pada tahun lepas, Pusat Asasi terus mengorak langkah dalam penganjuran seminar yang lebih dinamik dengan menganjurkan NATIONAL PRE-UNIVERSITY SEMINAR 2017 (NPreUS 2017) yang bertemakan “Ke Arah Memperkasa Pendidikan Pra-Universiti”. Penganjuran NPreUS 2017 ini akan dilaksanakan untuk melatih pegawai akademik dan para peserta menambah nilai pengetahuan dan kemahiran mendidik dalam kalangan pegawai akademik dan peserta yang sedia ada.