7.0 PENUTUP
Penganjuran seminar peringkat kebangsaan ini dapat memupuk budaya penyelidikan dan penulisan dalam kalangan tenaga pengajar asasi seluruh negara. Selain itu, seminar ini akan menjadi pemangkin ke arah pemerkasaan masyarakat melalui penyelidikan dan pembangunan serta inovasi penyelidikan. Oleh itu, pihak penganjur berharap agar seminar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk maksud itu, diharap agar Pihak Pengurusan Kolej Universiti dapat memberikan keizinan untuk Pusat Asasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor menganjurkan seminar ini. Sebagai pengakhir kata, segala pertimbangan dan kelulusan itu kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.