Seminar Kebangsaan Pengajian Tinggi Peringkat Asasi 2016 | Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

1.0 TUJUAN


Jawatankuasa Akademik dan Penyelidikan Pusat Asasi ingin menganjurkan Seminar Kebangsaan Pengajian Tinggi Peringkat Asasi 2016. Penganjuran Seminar Kebangsaan Pengajian Tinggi Peringkat Asasi 2016 ini akan dilaksanakan untuk melatih pegawai akademik dan para peserta menambah nilai pengetahuan dan kemahiran mendidik dalam kalangan pegawai akademik dan peserta yang sedia ada. Kertas ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Pihak Pengurusan Kolej Universiti untuk Pusat Asasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor menganjurkan Seminar Kebangsaan bertemakan ‘Disseminating Knowledge Through Foundation Studies in Higher Education’ (Sebaran Ilmu Pengajian Tinggi Peringkat Asasi). Seminar ini dirancang untuk dianjurkan setiap dua tahun dan tahun 2016 merupakan tahun pertama penganjuran Seminar Kebangsaan Pengajian Tinggi Peringkat Asasi 2016 ini.

 

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player