PENGENALAN PASAK 4 2019

Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 4) merupakan medium pilihan dalam kalangan ahli akademik dari dalam dan luar negara untuk berkongsi ilmu merentasi Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan.

 

Berkesinambungan daripada PASAK 2016, PASAK 2 tahun 2017 dan PASAK 3 2018, PASAK 4 2019 diadakan hasil respon positif dari para peserta untuk mengangkat PASAK sebagai siri seminar tahunan. Ia adalah platform terbaik dalam kalangan warga akademik untuk bertukar idea, pengalaman, maklumat penyelidikan sekaligus berkongsi kepakaran.

 

Keistimewaan PASAK 4 2019 kali ini bertemakan Pembudayaan Ilmu Merentasi Sempadan turut membawa sepuluh (10) sub tema merangkumi bidang sains sosial seluruhnya. Tema-tema tersebut ialah Nilai-nilai Sejagat, Sosio-Budaya, Pendidikan, Politik dan Kepimpinan, Ekonomi dan Pengurusan, Bahasa dan Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Inovasi, Sosiologi dan Pembangunan Komuniti, Kenegaraan dan Sejarah

 

Justeru PASAK 4 2019 adalah medan yang tepat sebagai wadah berdiskusi dalam kalangan ahli akademik dan bukan ahli kademik untuk membincangkan isu-isu di sekeliling kita.